Sejarah Singkat Senapan AK-47

Senjata api AK-47 (untuk Avtomat Kalashnikova model 1947 g.) adalah rifle direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan oleh pembuat senjata Russia [IZH], dan digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin. Berbanding dengan rifle yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan dan padat, jarak pendek, lebih ringan 7.62 &kali ganda; katerij peluru 39 mm, dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai rifle penyerang ( assault rifle ) pertama.

Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG 42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing, berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di USSR sebagai perekabentuk teknikal.

AK-47 juga mempunyai reputasi lagenda sebagai tahan lasak, boleh diharap, dan mudah baikpulih di lapangan ( field maintenance ). Disebabkan rekod ini dan kas penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Russia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya dikebanyakan Negara Ketiga.

Untuk menembak, masukan kelopak peluru berisi, pusing tuil pilihan ( selector lever ) kekanan pada bahagian kanan kedudukan bawah, dan tarik kebelakang dan lepaskan tuil pengunci ( cocking lever ) pada bahagian atas. Acu dan petik picu.

Tuil pilihan adalah tuil besar pada bahagian kanan, senang dikendali walaupun dengan sarung tangan dibawah keadaan artik. Tuil pilihan melindungi bolt dan pemegang pengunci ( cocking handle ) apabila ia berada dalam keadaan “selamat”, oleh itu rifle AK-47 hanya boleh diisi peluru dengan keselamatan ditutup. Kalashnikov memutuskan reka bentuk ini kerana apabila tuil keselamatan berada dalam keadaan keatas, is melindungi bukaan pada sebelah penerima di belakang pemegang pengunci ( cocking handle ), dengan itu menghalang pasir dan kotoran memasuki mekanisma.

Tuil pilihan menghasilkan bunyi KA-CHUNK! yang kuat dan jelas berlainan apabila beralih dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain..

Kedudukan tertinggi tuil pilihan adalah kedudukan selamat. Kedudukan selamat menghalang pergerakan picu dan pengunci, dan tuil pilihan melindungi bukaan dibelakang pemegang pengunci cocking handle agar dapat menghalang pasir dan habuk dari masuk. Dalam kebanyakan model, kedudukan ini tidak ditanda. Senjata antarabangsa mungkin mempunyai tanda “0” pada kedudukan ini.

( ini pake bahasa melayu, ya dapetnya kayak gini.. )

  1. Kunjang Mulyana

    Seperti apa kehidupan para mujahid Palestina? Tiga orang mujahid Palestina diwawancarai oleh gulfnews.com menuturkan keseharian mereka.

    “Kami hidup normal dan biasa saja, kecuali di saat perang. Ketika perang, kami tidak pernah lagi tinggal atau sempat pulang ke rumah, bahkan untuk sedetikpun. Untuk mengetahui kondisi keluarga, kami menelefon mereka, atau mengirim seseorang yang kami percaya. Dalam kondisi normal, kami berkumpul bersama keluarga, silaturahim dengan teman-teman. Perang membuat semuanya menjadi sulit.” ujar salah seorang dari mereka.

    “Apakah kami memikirkan kematian? Tentu saja, kami sangat khawatir, tapi bukan terhadap diri kami sendiri, melainkan pada keluarga kami. Seperti siapapun di dunia ini, kita selalu kuatir terhadap keluarga kita melebihi pada diri sendiri. Kami telah memilih jalan perjuangan, tak ada yang memaksa kami. Ini pilihan hidup kami.”

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: